Thursday 6 December 2012

Kesimpulan



KESIMPULAN


Kesimpulannya, bahasa kanak-kanak berkembang mengikut persekitaran sosialnya, maka proses pemerolehannya berlaku tanpa disedari. Sebagaimana yang diketahui, pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak merupakan penguasaan bahasa ibunda yang dikuasai secara tidak formal. Manakala, pembelajaran bahasa kedua berkaitan dengan apa-apa sahaja bahasa yang dipelajari dan dikuasai oleh seseorang melalui pembelajaran secara formal. Maka, proses pembelajaran bahasa kedua akan dipengaruhi oleh bahasa ibunda iaitu bahasa pertama kanak-kanak dari segi gangguan bahasa, gangguan persekitaran, gangguan dialek dan gangguan interlingual dan intralingual. Maka, guru bahasa memainkan peranan penting dalam usaha membaiki kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar kerana pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan lebih berkesan sekiranya kesalahan bahasa dapat dikurangkan.