Thursday 6 December 2012

Pengenalan - Maksud Linguistik



PSIKOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DAN KEDUA


MAKSUD LINGUISTIK


Menurut Aitchison (1987), ilmu lingustik dapat didefinisikan sebagai penyelidikan yang sistematik tentang bahasa, iaitu ilmu yang menghuraikan kesemua aspek bahasa dan merumuskan teori-teori tentang bagaimana bahasa berfungsi.  Definisi Aitchon dengan jelas menyatakan bahawa sesuatu kajian tentang bahasa yang tidak dilakukan secara empirikal tidak dapat dianggap sebagai kajian linguistik (Abdullah Hassan, 2006)

Kajian dalam bidang linguistik hanya mengkaji tentang bahasa. Menurut Aitchison (1987) mengatakan bahawa “linguistik mencuba memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan asas ‘Apa itu bahasa?’ dan ‘Bagaimana bahasa itu berfungsi?” 

Menurut Stork dan Widdowson (1983), mengatakan linguistik merupakan satu bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa.