Thursday 6 December 2012

Pembelajaran Bahasa Kedua



PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA


Bahasa kedua bermaksud sebarang bahasa yang dipelajari selepas bahasa pertama atau bahasa ibunda. Pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada proses seseorang mempelajari bahasa yang selain bahasa ibunda. Bahasa yang dipelajari ini biasanya dirujuk sebagai ‘bahasa sasaran’ atau bahasa kedua berbanding dengan bahasa pertama yang dirujuk sebagai ‘bahasa sumber’.

   Menurut Sthen Krashen (1982), pemerolehan bahasa merupakan proses yang natural, manakala pembelajaran bahasa merupakan proses yang dilakukan secara sedar. Dalam pembelajaran bahasa pertama, penutur mengambil bahagian dalam perbualan natural. Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua akan berlaku pembetulan kesalahan sebagai satu cara mempelajari peraturan tatabahasa bahasa tersebut, di samping sedikit sebanyak pengaruh daripada bahasa pertama. 

  Menurut Abdullah Hassan (1987), sesetengah individu mempelajari bahasa kedua atau menjadi dwibahasa kerana mereka hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Antara faktor-faktor yang mendorong pembelajaran bahasa kedua ialah:

1. Seseorang itu mungkin berharap agar bahasa kedua    dapat memperkuatkan dirinya dalam masyarakat itu sendiri.

2. Belajar bahasa kedua kerana tuntutan peluang    pekerjaan.

3. Belajar bahasa kedua kerana bahasa tersebut          merupakan bahasa majoriti dalam  negara berkenaan.

4. Belajar bahasa kedua untuk mengenali sastera dan     budaya bangsa lain.

5. Belajar bahasa kedua kerana tuntutan akademik atau sebagai bentuk latihan kognitif.

6. Kepentingan bahasa kedua tersebut dalam pendidikan, perhubungan antara individu.

7. Pengaruh ibu bapa di rumah yang banyak bertutur bahasa kedua untuk tujuan komunikasi.

8. Sikap pelajar terhadap bahasa kedua seperti            mengganggapp bahasa kedua perlu dipelajari dan dikuasai untuk keperluan pendidikan dan pekerjaan.

9. Pertuturan antara kaum yang terpaksa dilakukan        dengan menggunakan bahasa kedua.