MAKSUD PSIKOLOGI
Psikologi berasal daripada bahasa Greek, psyche yang bermaksud ‘nafas’,
‘kehidupan’ dan ‘jiwa’. Psikologi merupakan istilah akademik dan disiplin
gunaan yang melibatkan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku.
Selain itu, psikologi amat berkaitan dengan kognitif, iaitu yang berhubungan
dengan pemprosesan maklumat yang dilihat dari segi fungsi psikologikal
seseorang individu. Psikologi menjelaskan bagaimana minda manusia dapat membina
konsep, menaakul, membuat persepsi dan mempelajari sesuatu. Justeru, psikologi
merupakan konsep yang abstrak kerana ia ada kaitan dengan otak manusia pada
aras simbolik.
Menurut Gleitman (1986), bidang kajian psikologi
ditakrifkan sebagai ilmu tentang akal budi, kadangkala pula sebagai ilmu
tentang tingkah laku. Bidang kajian ini mencuba menjawab persoalan tentang
bagaimana organisma-organisma melakukan sesuatu, dan mengapa hal tersebut dilakukan.
Menurut Simanjuntak (1986) pula, psikologi ialah “satu sains
manusia yang mencuba mengkaji proses akal manusia dan segala manifestasinya
yang mengatur perilaku manusia itu.
Atan Long (1976), perkataan psikologi barasal daripada
gabungan dua perkataan Yunani ‘psyche’ yang bermakna jiwa attau semangat, dan
perkataan ‘logy’ yang berasal dari logos yang membawa makna ‘pengkajian
mengenai sesuatu’. Kalau diterjemahkan secara terus perkataan ‘psychology’ itu
membawa erti pengkajian berkenaan jiwa atau semangat.
Dengan ini, jelaslah bahawa bidang psikologi hanya
tertumpu kepada dua aspek kemanusiaan yang terpenting iaitu akal budi dan
tingkah laku manusia. Manakala dalam bidang linguistik, psikologi berguna
kerana beroperasi bagi menginterpretasi makna, pemahaman ujaran dan
mengupayakan makna bagi perkataan yang didengar.