Thursday 6 December 2012

Pemerolehan Bahasa Pertama



PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA


Pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di dalam otak kanak-kanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya atau bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa biasanya dibezakan dengan pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa berkaitan dengan proses-proses yang terjadi pada waktu seorang kanak-kanak mempelajari bahasa kedua setelah dia memperoleh bahasa pertamanya. Jadi, pemerolehan bahasa berkenaan dengan bahasa pertama, sedangkan pembelajaran bahasa berkenaan dengan bahasa kedua (Chaer, 2003:167).





Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku dalam otak kanak-kanak sewaktu memperoleh dan menguasai bahasa ibundanya secara semula jadi. Pemerolehan bahasa yang berlaku pada semua kanak-kanak adalah secara menyeluruh dan secara spontan serta tidak memerlukan arahan secara menyeluruh dan secara spontan serta tidak mempunyai arahan secara sedar ataupun peneguhan daripada orang dewasa. Dalam jangka masa yang singkat, kanak-kanak dapat mengembangkan sistem linguistik yang kompleks, bergerak dari peringkat satu kata ke peringkat berbilang kata, berdasarkan kata yang terhad dan biasanya bercebis-cebis (Andrian Akmaijian et. Al. 1995 dalam Zamri Mahamood,1999)


Menurut Adrian Akamijan et al (1995), terdapat dua jenis pemerolehan dan perkembangan bahasa yang berlaku semasa kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa ibundanya. Yang pertama ialah perlakuan yang terdiri daripada proses pemahaman dan penerbitan dan yang kedua ialah kecekapan. Menurut Zulkefly Hamid (1994), bahasa ibunda biasanya dapat dikuasai dengan agak sempurna apabila seseorang individu menjangkau umur lima tahun.


Lyons J. (1981) pernah mempersoalkan punca ahli psikologi pada hari ini lebih cenderung untuk membincangkan pemerolehan bahasa daripada pembelajaran bahasa. Menurut beliau:

"...acguisition is neutral with respect to some of the implications that come to be associated with the term :learning" in psychology."


Menurutnya lagi, walaupun dikatakan bahawa pemerolehan bersifat neutral, namun masih yang mengelirukan kerana terdapat seolah-olah tumpang tindih antara bahasa yang diperoleh kini tetapi tidak sebelumnya.