PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di
dalam otak kanak-kanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya atau bahasa ibundanya.
Pemerolehan bahasa biasanya dibezakan dengan pembelajaran bahasa. Pembelajaran
bahasa berkaitan dengan proses-proses yang terjadi pada waktu seorang
kanak-kanak mempelajari bahasa kedua setelah dia memperoleh bahasa pertamanya.
Jadi, pemerolehan bahasa berkenaan dengan bahasa pertama, sedangkan
pembelajaran bahasa berkenaan dengan bahasa kedua (Chaer, 2003:167).
Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku dalam otak kanak-kanak sewaktu memperoleh dan menguasai bahasa ibundanya secara semula jadi. Pemerolehan bahasa yang berlaku pada semua kanak-kanak adalah secara menyeluruh dan secara spontan serta tidak memerlukan arahan secara menyeluruh dan secara spontan serta tidak mempunyai arahan secara sedar ataupun peneguhan daripada orang dewasa. Dalam jangka masa yang singkat, kanak-kanak dapat mengembangkan sistem linguistik yang kompleks, bergerak dari peringkat satu kata ke peringkat berbilang kata, berdasarkan kata yang terhad dan biasanya bercebis-cebis (Andrian Akmaijian et. Al. 1995 dalam Zamri Mahamood,1999)
Menurut Adrian Akamijan et al (1995), terdapat dua jenis
pemerolehan dan perkembangan bahasa yang berlaku semasa kanak-kanak memperoleh
dan menguasai bahasa ibundanya. Yang pertama ialah perlakuan yang terdiri
daripada proses pemahaman dan penerbitan dan yang kedua ialah kecekapan.
Menurut Zulkefly Hamid (1994), bahasa ibunda biasanya dapat dikuasai dengan agak
sempurna apabila seseorang individu menjangkau umur lima tahun.
Lyons J. (1981) pernah
mempersoalkan punca ahli psikologi pada hari ini lebih cenderung untuk
membincangkan pemerolehan bahasa daripada pembelajaran bahasa. Menurut beliau:
"...acguisition
is neutral with respect to some of the implications that come to be associated with the term :learning" in psychology."
Menurutnya lagi, walaupun
dikatakan bahawa pemerolehan bersifat neutral, namun masih yang mengelirukan
kerana terdapat seolah-olah tumpang tindih antara bahasa yang diperoleh kini
tetapi tidak sebelumnya.