KESAN PEMEROLEHAN
BAHASA PERTAMA TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA PELAJAR
Persekitaran bahasa
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran bahasa kedua seseorang
pelajar. Contohnya, pelajar India yang masih didominasi bahasa Tamil. Menurut
Farid dan Ajid (1981), pada masa pelajaran Bahasa Melayu sedang diajarkan oleh
guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa. Hal ini demikian kerana
persepsi pelajar terhadap linguistik bahasa ibunda masing-masing telah mantap
dalam sistem kognitif mereka. Kesannya, apabila para pelajar menggunakan bahasa
Melayu akan berlaku kesalahan terhadap kosa kata Bahasa Melayu tersebut (Abdul
Hamid, 1989). Oleh yang demikian, terdapat beberapa jenis gangguan bahasa dalam
proses pembelajaran bahasa kedua pelajar-pelajar.
A) Gangguan Bahasa Ibunda
Menurut Juriah et al. (1994),
kesalahan bahasa berlaku adalah disebabkan factor gangguan daripada bahasa
ibunda. Gangguan ini berlaku apabila si penutur tidak menguasai norma-norma
sebenar bahasa tersebut. Gangguan ini tidak disedari oleh oleh penutur. Menurut
Victoria et al. (2003) gangguan dalam bahasa kanak-kanak sangat nyata apabila
mereka menerapkan peraturan bahasa pertama kepada bahasa kedua. Manakala
menurut Abdul Hamid Mahmood (1989), Pelajar India sering membina ayat bahasa
Melayu berdasarkan sintaksis bahasa tamil
Contohnya :
Saya memberi kucing makan ikan. (BM) –
Saya kasi makan itu kucing (BT)
B) Gangguan
Dialek
Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan
dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bahasa baku dari segi
sebutan,tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu. Gangguan dialek berlaku
meliputi aspek sitaksis, morfologi dan leksikal. Hal ini demikian kerana
kanak-kanak sejak kecil lagi diajar dan diasuh sehingga mahir dalam sesuatu
ragam bahasa (dialek), tetapi apabila memasuki alam persekolahan, mereka
diperkenalkan pula kepada satu ragam bahasa yang baru mereka dengari dan
pelajari. Antara negeri-negeri yang mempunyai dialek ialah negeri Kelantan,
Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak.
C) Gangguan Persekitaran
Gangguan ini berlaku apabila bahasa
pertama menerima sesuatu kata atau istilah daripada bahasa kedua tanpa sebarang
pertukaran. Contohnya,kesalahan ejaan yang dibuat oleh media cetak dan
elektronik mengelirukan pelajar terutamanya mereka yang belum mantap penguasaan
bahasa pertama.
D) Gangguan Pertukaran Kod (Code Switching)
Pertukaran kod merupakan peralihan
daripada satu bahasa ke satu bahasa yang lain dalam ujaran atau percakapan.
Contohnya peralihan daripada satu ragam fungsiolek ke ragam lain atau daripada
satu dialek ke satu dialek. Ini menyebabkan guru menghadapi masalah dalam
menangani kecekapan dan kebolehan berbahasa dalam kalangan pelajar terutamanya
murid-murid yang mempelajari bahasa kedua. Menurut Mohd Hilmi Ismail (1982)
pertukaran kod berlaku apabila penutur yang bertutur dalam satu bahasa(biasanya
bahasa pertama) menukarkan pertuturannya kepada sesuatu bahasa yang lain.
E) Gangguan
Percampuran Kod (Code Mixing)
Percampuran kod ialah keadaan apabila
penutur mencampurkan dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam satu situasi
penggunaan bahasa.
Contoh: Tunggu I, please…